
Iman Eksklusif diilhamkan untuk mereka yang punya citarasa yang lebih berani. Ia direka dengan pelbagai pilihan warna dan motif bunga yang lebih besar. Penekanan terhadap penggunaan motif bunga-bungaan yang lebih besar ini menyerlahkan lagi butirannya serta mencerminkan kelainan pada jenama ini.